ACTIVITY

 MINGGU BAHASA INGGERIS 2011

Minggu Bahasa Inggeris diadakan pada 21 Mac 2011(Isnin) hingga 25 Oktober 2011(Jumaat). Minggu Bahasa Inggeris ini bertujuan untuk menggalakkan murid-murid dan guru-guru bertutur dalam bahasa Inggeris, dengan harapan akan meningkatkan dan menanam minat belajar Bahasa Inggeris. Pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang minggu tersebut. Program ini merupakan salah satu aktiviti Panitia Bahasa Inggeris yang  dikendalikan oleh guru-guru Bahasa Inggeris SK Luyang.
Pelancaran Minggu Bahasa Inggeris

Persembahan murid

______________________________________________________________
MINGGU BAHASA INGGERIS 2010

Pada 12 - 16 April 2010 Warga SK Luyang telah mengadakan sambutan Minggu Bahasa Inggeris yang dikendalikan oleh Panitia Bahasa Inggeris sendiri. Pelancarannya telah dilancarkan oleh Tuan Guru Besar Sampidol Kahar.


Banyak program dan aktiviti yang telah diadakan antaranya murid-murid di bawa menonton wayang, mengikuti pertandingan mewarna dan melukis bagi tahap 1 dan 2 dan persembahan story telling di tapak perhimpunan o0leh murid tahun 1. 
  



Tidak ketinggalan juga diadakan aktiviti untuk guru-guru seperti mencari perkataan. Semoga pada tahun-tahun  akan datang Panitia Bahasa Inggeris akan mengadakan lebih banyak aktiviti untuk murid dan guru memandangkan sambutan yang amat menggalakkan dari semua warga sekolah. Tahniah Panitia Bahasa Inggeris terutama kepada Cik Janet Petrus selaku Ketua Panitia, Pn Ruhaini Zaini, Pn sarah  dan guru Bahasa Inggeris kerana berjaya melaksanakan program minggu Bahasa Inggeris dengan jayanya.